THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 21, 2010

Kepimpinan

Kejayaan sebagai seorang pemimpin di tempat kerja atau yang lebih sesuai digelar sebagai sekolah tidak dapat dipisahkan daripada fungsi-fungsi keketuaan.Sehubungan dengan itu seorang pemimpin di sekolah perlu memiliki kemahiran sebagai ketua yang berupaya untuk bergerak maju di tempat kerjanya.Walau pun seseorang individu tersebut merupakan seorang pelajar yang cemerlang di universiti namun apabila dia mula bekerja, dia tidak mampu mengekalkan kecemerlangan tersebut.Malah terdapat segelintir individu yang berhasrat untuk memimpin atau menjadi ketua. Walau bagaimana pun adakah individu itu boleh berjaya?
Menurut Ainon(2005), kepimpinan merupakan satu proses yang mana seseorang individu itu mampu mempengaruhi anggota dalam kumpulannya. Dalam erti kata lain kepimpinan sangat berkait rapat dengan unsur pengaruh. di mana seseorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Seharusnya seorang ketua perlu mempunyai teknik-teknik yang dapat digunakan bagi mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya atau orang yang dipimpinnya.
Fungsi utama seorang pemimpin adalah menggubal visi dan misi organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi-strategi bagi mencapai visi dan misi tersebut.Pemimpin menentukan hala tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi oleh para pemimpin adalah bagaimana hendak mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi yang telah digubal.Dengan kata lain seorang pemimpin wujud untuk mencipta dan menangani perubahan yang berlaku.
Para pemimpin merupakan seorang yang sentiasa sibuk dengan urusan manusia.Mereka perlu mendorong, menggalak, merangsang, membina dan melatih manusia. Mereka juga sibuk menilai dan memberi ganjaran kepada orang yang dipimpin olehnya.Memimpin bermakna menjadikan diri mereka sumber ilham dan sumber semangat bagi manusia-manusia yang dipimpin.
FIKIR-FIKIRKAN LAH APA YANG TELAH DINYATAKAN SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA YANG MAHA KUASA.

usaha itu tangga kejayaan