THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 3, 2010

Senarai tajuk dasar dalam negara mengenai pentadbiran

Kepada pelajar kelas Program Prauniversiti Sastera Tiga. Sila cari maklumat tentang tajuk yang



disenaraikan dan sila berbincang dengan saya sekiranya ada masalah tentang sesuatu tajuk. Sila



pastikan anda mencari maklumat berkenaaan seperti pengenalan sesuatu dasar, objektif dasar,



strategi pelaksanaan dan pencapaiannya. Senarai tajuk seperti berikut, tugasan ini mengikut



senarai nama dalam kelas kita. Ok, selamat mengumpul maklumat.




  1. Dasar Pendidikan Kebangsaan-Anisah

  2. Dasar Pandang Ke Timur- Burneswary

  3. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan -Eachuan
  4. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah- JunYuan

  5. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran-Sin Mun

  6. Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam- Sin Kon

  7. Dasar Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam
  8. - Soek Hsen
  9. Dasar Pensyarikatan Malaysia- Letchumi

  10. Dasar Penswastaan Malaysia - Teng Teng

  11. Dasar Pertanian Negara- Haziq

  12. Dasar Pembangunan Nasional- Kok Sum

  13. Dasar Sains dan Teknologi Negara- Nicole

  14. Dasar Urbanisasi- Praveendren

  15. Dasar Telekomunikasi- Rejina

  16. Sogoshosha Malaysia- Vivien

  17. Dasar Perindustrian Berat Negara- Hooi Nee

Sunday, February 21, 2010

Kepimpinan

Kejayaan sebagai seorang pemimpin di tempat kerja atau yang lebih sesuai digelar sebagai sekolah tidak dapat dipisahkan daripada fungsi-fungsi keketuaan.Sehubungan dengan itu seorang pemimpin di sekolah perlu memiliki kemahiran sebagai ketua yang berupaya untuk bergerak maju di tempat kerjanya.Walau pun seseorang individu tersebut merupakan seorang pelajar yang cemerlang di universiti namun apabila dia mula bekerja, dia tidak mampu mengekalkan kecemerlangan tersebut.Malah terdapat segelintir individu yang berhasrat untuk memimpin atau menjadi ketua. Walau bagaimana pun adakah individu itu boleh berjaya?
Menurut Ainon(2005), kepimpinan merupakan satu proses yang mana seseorang individu itu mampu mempengaruhi anggota dalam kumpulannya. Dalam erti kata lain kepimpinan sangat berkait rapat dengan unsur pengaruh. di mana seseorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Seharusnya seorang ketua perlu mempunyai teknik-teknik yang dapat digunakan bagi mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya atau orang yang dipimpinnya.
Fungsi utama seorang pemimpin adalah menggubal visi dan misi organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi-strategi bagi mencapai visi dan misi tersebut.Pemimpin menentukan hala tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi oleh para pemimpin adalah bagaimana hendak mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi yang telah digubal.Dengan kata lain seorang pemimpin wujud untuk mencipta dan menangani perubahan yang berlaku.
Para pemimpin merupakan seorang yang sentiasa sibuk dengan urusan manusia.Mereka perlu mendorong, menggalak, merangsang, membina dan melatih manusia. Mereka juga sibuk menilai dan memberi ganjaran kepada orang yang dipimpin olehnya.Memimpin bermakna menjadikan diri mereka sumber ilham dan sumber semangat bagi manusia-manusia yang dipimpin.
FIKIR-FIKIRKAN LAH APA YANG TELAH DINYATAKAN SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA YANG MAHA KUASA.

usaha itu tangga kejayaan